Seorang pesara meneruskan penyelidikan kumbang Chrysomelidae tetapi di lokasi Kepulauan Sunda Kecil. Tujuannya untuk mengemaskini biodiversiti, menyemak Garis Wallace pembatas pengagihan fana dan memburu spesies baharu. Pengalaman yang dilalui mewarnai kisah pengembaraan.
Pemburu diperas ugut pegawai perhutanan Lombok kerana tidak mempunyai surat izin. Ketika di KLIA pegawai kastam menyita spesimen kumbang atas kesalahan membawa masuk haiwan dari luar negara. Pada malam kedua di Sumbawa pemburu dibawa menghadap Sultan Sumbawa. Baginda tersenyum apabila pemburu memberitahu tujuannya memburu kumbang. Lantas baginda melontarkan pertanyaan, kenapa Alfred Russel Wallace tidak singgah di Sumbawa. Kemudian baginda menjelaskan bahawa Wallace menganggap Sumbawa sudah musnah akibat letusan gunung Tambora. Baginda memaklumkan kisah Tambora tercatat dalam kitab Syair Kerajaan Bima.
Ketika di Bima pemburu bertemu Lukman, memaklumkan hasil penyelidikan sarjana Perancis bernama Henri. Syair Kerajaan Bima dan beberapa manuskrip lain adalah bukti bahasa dan persuratan Melayu sudah bertapak di seluruh Kepulauan Melayu.