Universiti Malaysia Terengganu (UMT)telah melakukan usahasama dengan komuniti pesisir
untuk mengumpul dan memproses sisa tulang ikan daripada pembekal filet ikan. Usahasama di
antara penyelidik UMT, komuniti pesisir dan para usahawan membolehkan pemindahan ilmu
dalam pengurusan sisa tulang ikan. Kalsium organik hidroksiapatit dalam produk yang terhasil
berupaya menyerap dan membuang toksik dalam prototaip penapis air berkalsium. Hasil yang
berkualiti inimerupakan halalan toyyiban yang mempunyai nilai komersial.Projek ini berjaya
menjana peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan komuniti pesisir dan
usahawan.Masyarakat umum pula mendapat bekalan kalsium dan pelbagai produk makanan dan
minum berkhasiat, produk penapis air minum serta produk-produk lain yang berasaskan
hidroksiapatit. Tujuan kajian ini adalah untuk memindahkan ilmu pemprosesan tulang ikan
daripada penyelikik kepada komuniti dan usahawan.Usaha sama antara universiti, komuniti dan
industri ini mengaplikasikan pendekatan kejuruteraan sosial berdasarkan model keusahawanan
sosial.