Karya-karya historiografi ini sesungguhnya merupakan khazanah bagi masyarakat masa ini. Sehubungan itu, para penjajah menggunakannya untuk mengetahui pemikiran dan kebudayaan bangsa Melayu. Tidak mustahil jika mereka kembali menjajah rantau ini sekiranya bangsa Melayu terus alpa dengan kemakmuran dan kemajuan negara. Tambahan pula jika mereka telah mengetahui "akar" kelemahan kita sebagai "manusia Melayu". Oleh itu, tujuan dan matlamat yang diselitkan oleh pengarang karya historiografi ini perlu direnung dan difikir supaya peringatan ini tidak menjadi sia-sia atau dianggap omongan kosong sahaja....